Monday 29 August 2016

                                             
PENSYARAH :  PUAN RAIHAN BINTI AHMAD

SUBJEK :  PENGAJIAN MALAYSIA / DUB 1012



NAMA AHLI KUMPULAN :




NOR IZZATI BINTI MOHD RODZI
(16DTK16F1016)

NURUL JANNAH BINTI MOHD RABI
(16DTK16F1017)

AIDA SYAKIRAH BINTI MAT KHALID
(16DTK16F1008)

PIRIYA DHARSHINI A/P RAMESH
(16DTK16F1013)



                                       

        


PENGENALAN:

  • Golongan belia diketagorikan kepada golongan berumur antara 15-40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti ,tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 -25 tahun . Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. 
  •  Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin Negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1951. Belia merupakan separuh daripada penduduk di Malysia . Kemajuan Belia merupakan kemajuan negara.


MATLAMAT:

Matlamat dasar ini ialah 'Membina Belia untuk Kesejahteraan Negara.'



OBJEKTIF:


  • Memupuk keperibadian belia dengan memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan dan kesukarelawan, berakhlak mulia dan berpengatahuan luas.
  • Mendorong menyetaan belia dalam pembangunan negara, di samping memandu mereka ke jalan searah dengan prinsip Rukun Negara.
  • Belia dianggap benteng pertahanan ekonomi dan sosial politik negara. 


PRINSIP-PRINSIP DASAR BELIA NEGARA
  • Mengamalkan prinsip Rukun Negara
  • Mewujudkan semangat perpaduan 
  • Mewujudkan sistem kepimpinan yang matang
  • Galakkan dalam proses perancangan negara 
  • Bina moral yang tinggi
  • Capai taraf keilmuan yang tinggi dan mendalam


TUJUAN DASAR BELIA NEGARA:
  • Bangunankan taraf sosial dan ekonomi
  • Mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara 



STRATEGI DASAR:
  • Tingkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan vokasional / teknikal. Contohnya, Rakan Muda.



PROGRAM BELIA:
  • Perniagaan - melahirkan usahawan usahawan belia.
  • Koperasi Belia- meninggikan taraf hidup remaja.
                                   - mewujudkan organisasi perniagaan besar bercorak koperasi diperingkat                                                 nasional.



PROGRAM LATIHAN:
  • Latihan dan bimbingan - memberi kemahiran vokasinal dan teknikal
  • Cawangan Latiahn Dan Bimbingan - merancangkan aktiviti-aktivti latihan kemahiran



HARI BELIA NEGARA:

Pelaksanaan:

-Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti periktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara. Ia turut dilaksanakan di peringat negeri.

-Pada tahun 2003, pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belia bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.



ISU DASAR BELIA NEGARA


ISI 1 : TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI
  • Memperluas program inkubator untuk golongan belia.
  • Mewujudkan perniagaan pusat tusyen untuk diusahakan pihak belia
  • Mewujudkan satu rangkaian internet shop belia di seluruh negara.
  • Merperhebat Program Pembangunan Usahawan ICT dengan memberikan tumpuan kepada khusus komputer yang diiktiraf dan penjualan anak-anak komputer.


ISI 2 : TERAS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
  • Memantapkan program latihan kemahiran IKBN dengan menyediakan modul yang memebolehkan belia belajar secara berterusan (life -long learning ) .
  • Mewujudkan pengkususan untuk setiap IKBN disamping memastikan setiap lepasan menghayati konsep kepimpinan yang positif.
  • Mengadakan kerjasama dengan MLVK dibawah Kementerian Sumber Manusia bagi memperluas peluang latihan kepada belia yang keciciran
  • Meningkatkan kerjasama antara jabatan / agensi yang terlibat dengan pembangunan belia.


ISI 3 : TERAS PROGRAM RAKAN MUDA
  • Mewujudkan fasilitator yang terlatih bagi mengendalikan semua modul program  Rakan Muda 
  • Menyediakan modul program Rakan Muda yang seragam sehingga ke akar umbi disamping memastikan mengandungi unsur -unsur patriotisme,daya tahan,semangat berpasukan dan kepimpinan
  • Mewudukan jawatan penggerak Rakan Muda pada peringkat parlimen dan DUN dengan memepunyai kemahiran pengurusan dan pemantauan aktiviti Rakan Muda


ISI 4 : TERAS PEMBANGUNAN SOSIAL (NILAI)
  • Mewujudkan indeks nilai dan tingkah laku belia untuk menjadikan asas pemantauan 'kualiti' belia di negara ini
  • Mengenal pasti nilai dan tingkah laku belia yang perlu dimiliki selaras dengan matlamat pembanguna negara
  • Menjadikan program dan aktviti golongan belia sebagai alat  / intervensi sosial untuk membentuk nilai dan tingkah laku belia yang diperlukan oleh negara.
  • Melatih semua pegawai dan pihak yang terlibat dengan kegiatan belia dalam bidang pembentukan nilai dan tingkah laku belia serta kemahiran mengendalikan program intervensi.


ISI 5: TERAS PEMBANGUNAN  KEPIMPINAN
  • Mengkaji semula fungsi dan peranan institusi - institusi yang berkaitan dengan pembangunan kepimpinan belia di pelbagai peringkat meliputi dalam negara dan antarabangsa
  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan kepimpinan dan aktiviti belia antarabangsa
  • Menjadikan majlis perundingan belia negara sebagai badan peamantauan akiviti pembangunan kepimpinan belia
  • Memantapkan keanggotaan MPBN supaya dapat memainkan peranannya scara lebih profesional


ISI 6 : TERAS POLITIK DAN INTEGRASI NASIONAL
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman belia tentang sistem politik dan sejarah pentadbiran negara
  • Memperhebat kesedaran belia terhadap masyarakat majmuk Malaysia
  • Memperluas kesedaran belia tentang kedudukan negara dalam konteks global



KESIMPULAN:
  • Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara.Belia sebagai pemimpin masa kini dan dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A.Aziz 1948:21). Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi.Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih,wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea segar daripada belia.Tugas belia serta masyarat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.



SEKIAN, TERIMA KASIH.




No comments:

Post a Comment